Rabu, 5 November 2014

Kepentingan pengambilan suplemen kepada tubuh badan


Perlukah kita ambil suplemen? Mesti ada yang akan jawab.YA atau TIDAK.dan mesti yang akan tanya Kenapa kita perlu ambil suplemen?Tak cukupkah makanan yang kita ambil?
Mari kita baca Kenapa Kita perlu ambil suplemen?

1. Sebab kita terdedah dengan pencemaran alam sekitar.
Kesan daripada pencemaran udara akan mengganggu sistem pernafasan manusia. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan akan melambatkan tindakbalas manusia .Sehinggalah menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif seperti Vitamin C bagus untuk kulit dan Vitamin E untuk anti penuaan.

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas
Penggunaan racun perosak, racun serangga akan mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran. Penggunaan racun serangga berpotensi membahayakan kesihatan seperti sakit kepala,loya,sakit dada,muntah,ruam,sakit otot,cirit birit dan pandangan mata yang kabur.

4. Amalkan gaya hidup yang tidak sihat
Gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok,kurang bersenam,tidak mengamalkan diet yang seimbang,makan lewat malam ,kurang rehat dan tidur akan mengundang pelbagai penyakit sepertipenyakit jantung dan strok.Tekanan di tempat kerja, balik lewat malam akan membawa kemusnahan Vitamin B dan C.

5. Makan mengikut selera rasa
Sebut saja Fast Food, semua orang tahu jenis makanan apa yang dimaksudkan.Boleh dikatakan ia berjaya mengubah selera masyarakat Malaysia.Makanan segera yang diambil dalam jumlah kerap dan banyak tidak baik untuk kesihatan kita terutama kanak-kanak.

6. Gangguan penyerapan nutrisi dalam badan
Pengambilan pil penahan sakit,ubat-ubatan,alkohol akan mengganggu penyerapan zat makanan.Tahukah Kafein juga boleh menghalang penyerapan Vitamin D dan kalsium ke dalam tubuh?. Ia juga boleh mengganggu penyerapan beberapa nutrien dam tubuh.

7. Kehilangan Nutrien
Tahukah kita bahawa cara memasak,menggoreng terlalu lama,memotong,menyimpan bahan mentah terlalu lama di dalam peti sejuk boleh menyebabkan kehilangan nutrien?.Jadi apa yang tinggal lagi untuk kita...




Oklah ..itu dia 7 sebab kenapa kita perlukan suplemen. Jadi renung-renungkanlah..
Saya memilih Shaklee kerana sudah berada lebih 50 tahun dalam pasaran suplemen.

Anda bagaimana pula?




posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan